Sunday, August 24, 2008

Ibu Kau Lah Kekasihku

Our mums - they are our keys to paradise. Care for them well and Allah will love you many times over.

Ibu,
pergimu tiada penganti, anakmu merindui.
Terima kasih ibu,
kaulah ratu dan segala-galanya,
pengorbanan tidak terbalas
doa restu mu ku pohon


Ibu,
pada mu aku berlutut
Kerana wajahmu mengingatkan aku
zaman kanak-kanak dan kebudakanku
memberi ceria hidup ini

Ibu,
kaulah kekasihku
saling merindu di kala berjauhan
saling tersenyum dikala ku gembira
dan berduka bila keresahan

Ibu,
ku tetap ingat
syurga di tapak kakimu
berilah restumu
kejayaan hidupku

Ibu,
jasamu terlalu mahal
bukan tandingku untuk menagih
hormat dan restumu
menjadi anak kesayanganmu

Ibu,
dikala ini aku merindu
dikala ini aku berjanji
mengingati nasihatmu
merapati hajatmu

Ibu,
tidak akan ku biarkan
walau setitik airmatamu menitis
kerana aku anakmu

Ibu,
ampunilah dosaku
halalkan makan dan minuman
dari kali pertama ku kau susu

Ibu,
Kaulah kekasihku

No comments:

Post a Comment

53 Days of Consistency

We are left with only 53 days till end year, which can make or break 2017. While many are taking their vacations during this time, it i...